Pelaksanaan amalan pengurusan sumber manusia Jepun : satu kajian ke atas industri elektrik dan elektronik di Johor Bahru/

Keunikan sistem pengurusan Jepun dan kebolehpindahannya ke negara asing telah menjadi tumpuan ramai semenjak Jepun mendominan pasaran dunia. Lantaran itu, kajian ini bertujuan meninjau pemindahan dan pelaksanaan pengurusan sumber manusia Jepun khususnya dari aspek amalan pembayaran gaji berasaskan k...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 181557 Pee, Chui Chui
Format: text
Language:eng
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Keunikan sistem pengurusan Jepun dan kebolehpindahannya ke negara asing telah menjadi tumpuan ramai semenjak Jepun mendominan pasaran dunia. Lantaran itu, kajian ini bertujuan meninjau pemindahan dan pelaksanaan pengurusan sumber manusia Jepun khususnya dari aspek amalan pembayaran gaji berasaskan kekananan, kenaikan pangkat berasaskan kekananan dan amalan membuat keputusan secara perundingan. Temuramah telah dijalankan dengan 24 buah kilang milikan Jepun dalam industri elektrik dan elektronik di Johor Bahru. Kesemua data yang diperolehi telah dianalisis dengan kaedah peratusan. hasil kajian merumuskan bahawa amalan membuat keputusan secara perundingan merupakan amalan yang paling banyak diamal serta dikekalkan berbanding dengan amalan pembayaran gaji berasaskan kekananan. Faktor-faktor yang menyebabkan sistem kekananan tidak dapat diamalkan adalah seperti kesangsian terhadap keberkesanan sistem ini, tidak ada galakan dari pihak pengurusan, pasaran pekerja yang penuh berdaya saing dan budaya kerja kita. Di akhir kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan kepadakilang-kilang yang sedang dan akan menerap dan mengamalkan pengurusan sumber manusia Jepun.