Summary: | Melihat kepada matematik silam dari segi sejarah membantu menyuluh matematik hari ini dari segi falsafah, sains dan budaya dalam usaha menperjelaskan maksud, memberi celik akal serta berkeupayaan meningkatkan kefahaman terhadap matematik. Dalam dunia Islam, Omar Khayyam yang sangat popular dan diminati di Barat melalui Rubaiyyat adalah merupakan seorang tokoh matematik, asatronomi juga falsafah sains yang terkemuka, Kepada dunia sains, Omar Khayyam dikenali melalui pembaharuan kalender yang tepat, kritiknya terhadap postulat keselarian Euclid yang menunujukkan beliau adalah pendahulu kepada ide saccheri yang akhirnya melahirkan geometri bukan Euclid dan khususnya sumbangan asli beliau yang paling utama ialah bidangn aljabar di mana beliau telah berjaya menyelesaikan secara geometri setiap jenis persamaan kubik untuk punca-punca positif secara sistematik. Pembelajaran yang berkesan memerlukan setiap pelajar menyusur galur langkah-langkah utama dalam evolusi mata pelajaran yang dipelajari. dari aspek kesepaduan, kejelasan, terperinci serta kandungan matematiknya, aljabar Omar merupakan salah satu karya agung matematik Islam yang boleh digunakan sebagai model cara mana aljabar boleh di ajar.
|