Kaedah kekonduksian elektrik di dalam pemonitoran pemalsuan mutu petrol /

Masalah pemalsuan mutu petrol yang dilakukandengan menambahkan bahan apai bermutu rendah (kerosin atau disel) kepada bahan api bermutu tinggi (petrol) masih lagi berleluasa di negara-negara dunia ketiga dan di Malaysia khususnya. perbezaan harga diantara kedua-dua bahan api ini merupakan faktor utam...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nurul 'Ain Ahmad Yahya
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Masalah pemalsuan mutu petrol yang dilakukandengan menambahkan bahan apai bermutu rendah (kerosin atau disel) kepada bahan api bermutu tinggi (petrol) masih lagi berleluasa di negara-negara dunia ketiga dan di Malaysia khususnya. perbezaan harga diantara kedua-dua bahan api ini merupakan faktor utama masalah ini. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan satu kaedah pemonitoran mutu petrol yang ringkas, murah, mudah alih serta mudah untuk dikendalikan tanpa latihan khusus. kaedah kekonduksian elektrik yang dijalankan ini merupakan satu kaedah yang berdasarkan kepada pengukuran kekonduksian emulsi yang terbentuk daripada dua bahan yang berbeza keterlarutannya di dalam air dengan kehadiran agen aktif permukaan. Nilai kekonduksian emulsi yang diperolehi digunakan untuk menghasilkan graf penentukuran bagi tujuan mengesan kehadiran kerosin di dalam petrol. Hasil kajian ini menunjukan nilai kekonduksian emulsi akan meningkat secar linear dengan pertambahan kerosin ke dalam petrol, dan dengan itu memudahkan lagi kerja-kerja analisis terhadap sampel ujian.