Summary: | Mantik ialah pengajian tentang kaedah dan prinsip yang digunakan bagi membezakan di antara taakulan yang baik dan taakulan yang buruk. Kebanyakan pengajaran matematik kurang menekankan kehadiran dan kepentingan mantik sebagai asas utama dalam pemahaman konsep matematik. Dalam projek ini kita membincangkan konsep-konsep mantik, kehadirannya serta sumbangannya dalam matematik dan pemikiran. Perbincangan dimulakan dengan meninjau sejarah dan perkembangan mantik dalam matematik. Seterusnya, konsep-konsep mantik dihuraikan satu persatu dengan menggunakan kaedah jadual kebenaran. Kehadiran konsep mantik dibincangkan dalam beberapa tajuk bagi matapelajaran Matematik KBSM Tingaktan Empat yang terpilih iaitu Bab Set, Garis Lurus, Matriks dan Asas Nombor. Disamping itu, sumbangan mantik di luar bidang matematik juga ditinjau terutamanya dalam bidang undang-undang, pengujian hipotesis, pembinaan litar berdigit serta penyelesaian masalah permainan.
|