Resumo: | Teknik pensampelan digunakan dalam banyak bidang iaitu bidang pertanian, perubatan, perindustrian, pengurusan dan sosial. ia merupakan alat penting dalam menyediakan maklumat untuk mendapatkan penganggar parameter yang baik. Teknik pensampelan rawak mudah merupakan asas kepada teknik pensampelan lain, Namun, secara praktisnya, prosedur sampel rawak mudah tidak sentiasa digunakan, kerana tidak sentiasa menghasilkan penganggar yang baik dan melibatkan kos yang tinggi. Maka, teknik pensampelan rawak berstrata dan teknik pensampelan rawak berkelompok dan seterusnya memperkembangkan penggunaan gabungan kedua-dua teknik ini. Pada asasnya, teknik pensampelan rawak berstrata diperkenalkan dalam kertas projek ini untuk meningkatkan kepersisan penganggar. Pensampelan rawak berkelompok satu peringkat dan dua peringkat diperkenalkan untuk menjimatkan kos kajian. Saiz kelompok bagi pensampelan rawak berkelompok selalunya tidak sama. Maka, teknik pensampelan rawak kelompok berstrata digunakan untuk mengatasi masalah ini. Dalam praktis, perolehan dari stratifikasi adalah lebih penting bagi pensampelan kelompok jika dibandingkan dengan pensampelan elemen. Beberapa contoh penggunaan teknik-teknik yang dibincangkan delam kertas projek ini akdn diberikan. Perisian Lotus 1-2-3 akan digunakan dalam pengiraan.
|