Rawatan efluen kilang minyak sawit dengan kaedah koagulasi dan flokulasi /

Pemprosesan minyak kelapa sawit turut menghasilkan effluen kilang yang mengandungai bahan cemar organik yang tinggi terutamanya kandungan minyak dan gris. Sehingga kini, kaedah rawatan konvensional terhadap effluen kilang minyak sawit yang sering digunakan adalah melalui proses penghadaman secara ae...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jamalludin Harun, 1971-
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Pemprosesan minyak kelapa sawit turut menghasilkan effluen kilang yang mengandungai bahan cemar organik yang tinggi terutamanya kandungan minyak dan gris. Sehingga kini, kaedah rawatan konvensional terhadap effluen kilang minyak sawit yang sering digunakan adalah melalui proses penghadaman secara aeroik dan anaerobik. Kaedah secara biologi ini walaupun mampu menghasilkan effluen yang berkuliti tinggi namun demikian ianya mempunyai beberapa kelemahan. Atas dasar tersebut, suatu keadah pengawalan dan pengawasan yang lebih berkesan bagi perawatan efluen amatlah diperlukan. Didalam kajian ini, keupayaan kaedah perawatan secara koagulasi dan flokuasi kimia diuji dan dibandingakan keberkesanannya bagi memastikan kualiti effluen yang terhasil terutamanya kandungan minyak dan gris memenuhi piawai yang telah ditetapkan. Keberkesanan empat jenis koagulan iaitu aluminium sulfat, kalsium hidrosida, ferum (III) sulfat dan ferum (III) klorida ditentukan berdasarkan kepada kepekatannya yang berbagai dengan menggunakan ujian balang dan analisis gravimetri. Daripada data-data yang diperolehi, didapati kalsium hidrosida merupakan koagula yangpaling efektif berbanding dengn koagulan yang lain bagi menyesarkan kandungan minyak dan gris di dalam efluen kilang minyak sawit. Hasil kajian juga mendapati bahawa komposisi kimia efluen merupakan faktor yang amat penting dalam menentukan keberkesanan bagi proses koagulasi dan floklasi yang optimum.