Summary: | Pada masa kini, bidang teknologi maklumat berkembang dengan begitu pesat sekali sehingga membawa kepada penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan komputer dalam memproses maklumat dan mempamerkan hasil telah membantu pembelajaran konsep-konsep matematik yang abstrak dan sukar. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan satu perisian pembelajaran berbantukan (PBK) yang berkemampuan membuat animasi-animasi bagi memudahkan pelajar-pelajar Tahun Satu Asas, Universiti Teknologi Malaysia mempelajari tajuk matriks dalam matapelajaran Matematik Asas. Perisian PBK ini dibina dengan menggunakan perisian Authorware Professional, versi 2.0 yang mempunyai ciri-ciri persekitaran tetingkap, ikon, menu, tetikus, grafiks, animasi dan berkemampuan menggunakan suara analog. Penyusunan pembelajaran adalah lebih menjurus kepada pembelajaran individu. Perisian yang dibina ini boleh digunakan pada komputer peribadi IBM PC 386 ke atas atau yang serasi dengannya dan memerlukan perisian Windows versi 3.1
|