Masalah dalam sistem pendaftaran hakmilik di Semananjung Malaysia /

Konsep pendaftaran hakmilik tanah yang diamalkan di Semenanjung Malaysia pada dasarnya memberikan hak dan kemudahan kepada pemilik-pemilik tanah. Hak-hak ini ada termaktub dalam Kanun Tanah Negara Akta 1965. Penulis berpendapat bahawa segala hak-hak dan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya dinikmati...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 416641 Ahamad Kamil Saaud
Format:
Published: 1983
Subjects:
Description
Summary:Konsep pendaftaran hakmilik tanah yang diamalkan di Semenanjung Malaysia pada dasarnya memberikan hak dan kemudahan kepada pemilik-pemilik tanah. Hak-hak ini ada termaktub dalam Kanun Tanah Negara Akta 1965. Penulis berpendapat bahawa segala hak-hak dan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya dinikmati oleh pemilik-pemilik tanah di masa ini, tidak dapat dirasai sepenuhnya disebabkan berbagai-bagai masalah yang timbul. Berdasarkan kenyataan tersebut, tujuan utama tesis ini adalah untuk menyelidik dan menonjolkan masalah-masalah dan sebab-sebab mengapa hak dan kemudahan tersebut tidak diperolehi dengan sempurna dan cepat. Seterusnya penulis membincangkan kesan-kesan dan akibat dari permasalahan yang dihadapi serta apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengatasinya. Di samping itu penulis juga mengemukakan cadangan-cadangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.