Summary: | Muhammad SAW-Putera Lembah Bakkah 3, susulan daripada karya sirah yang pertama dan kedua; (Muhammad SAW- Putera Lembah Bakkah, Muhammad SAW-Putera Lembah Bakkah 2) meneruskan lagi kesinambungan riwayat hidup Rasulullah SAW menerusi genre novel. Dengan kata lain, sirah Rasulullah SAW dihidangkan melalui pendekatan kreatif. Jika buku kedua menceritakan akan tahun-tahun awal Baginda ditabalkan sebagai Nabi SAW, buku ketiga ini lebih terarah kepada detik-detik awal perjuangan Rasul junjungan SAW, juga mengenai ujian penyeksaan dan pemulauan yang diterima orang Islam waktu itu.
|