Penggunaan alat bantu mengajar dalam mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu di Sekolah Menengah Harian di Daerah Alor Gajah Melaka /

Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah menengah harian di daerah Alor Gajah, Melaka. Aspek yang ditinjau berkaitan dengan jenis-jenis alat bantu mengajar yang digunakan, Kekerapan menggunakannya dan masal...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 211705 Kamaruzaman Abdul Karim
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah menengah harian di daerah Alor Gajah, Melaka. Aspek yang ditinjau berkaitan dengan jenis-jenis alat bantu mengajar yang digunakan, Kekerapan menggunakannya dan masalah-masalah yang dihadapi dalam proses penyediaan dan penggunaan peralatan tersebut. Satu set soal selidik telah diedarkan secara berasingan kepada guru-guru KHB di sekolah menengah harian di daerah Alor Gajah. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru KHB di sekolah menengah harian amat kurang menggunakan ABM jenis elektronik seperti projektor unjuran (OHP), televisyen, video, slaid dan komputer. Sebaliknya guru-guru lebih kerap menggunakan ABM jenis bukan elektronik iaitu carta/poster, peralatan sebenar, model tiga dimensi dan gambar. Kekerapan penggunaannya masih lagi di tahap minimum. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru tersebut ialah kekurangan masa dan kekurangan kemudahan untuk menyediakan ABM. Mereka juga kurang mahir dalam penggunaan alat-alat tersebut terutama ABM jenis elektronik serta bahan yang hendak digunakan tidak mencukupi. Masalah-masalah ini boleh diatasi dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan kesedaran akan pentingnya ABM dalam pengajaran dan pembelajaran oleh semua pihak yang terlibat.