Kajian awalan persepsi pelajar-pelajar Politeknik terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling /

Matlamat pendidikan bukan sahaja untuk menyediakan keperluan tenaga manusia untuk negara, tetapi untuk membolehkan seseorang itu memajukan kendiri agar menjadi seimbang dan sempurna disamping membina keperibadian yang murni. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti sikap pelajar-pelajar Politekn...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 173617 Gan, Han Hua
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Matlamat pendidikan bukan sahaja untuk menyediakan keperluan tenaga manusia untuk negara, tetapi untuk membolehkan seseorang itu memajukan kendiri agar menjadi seimbang dan sempurna disamping membina keperibadian yang murni. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti sikap pelajar-pelajar Politeknik terhadap keberkesanan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disebabkan ianya boleh membantu hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berakhlak serta seimbang demi kesejahteaan masyarakat dan negara. Seperti yang diketahui umum, pelajar-pelajar Politeknik adalah terdiri dari para remaja yang masih cetek dalam pengalaman hidup serta memerlukan tunjuk ajar serta bimbingan. Justeru itu pelajar-pelajar menghadapi berbagai-bagai masalah semasa dalam pengajian. Terdapatnya Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah penting bagi membimbing pelajar-pelajar Politeknik terutamanya pelajar-pelajar yang bermasalah. Kesimpulannya perkhidmatan yang berkesan terletak pada kemahiran kaunselor menyempurnakan tanggungjawan yang diamanahkan. Keputusan kajian yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar Politeknik Pantai Timur pada keseluruhan adalah menggalakkan.