Kekerapan penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru kemahiran hidup bersepadu di Daerah Kerian, Perak /

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kekerapan penggunaan alat bantu mengajar dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti alat-alat bantu mengajar yang terdapat di sekolah, kekerapan penggunaan alat bantu mengajar serta tahap kemahiran penggunaan peralat...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 216171 Zainab Abdul Jamil
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau kekerapan penggunaan alat bantu mengajar dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti alat-alat bantu mengajar yang terdapat di sekolah, kekerapan penggunaan alat bantu mengajar serta tahap kemahiran penggunaan peralatan. Masalah-masalah yang dihadapi dalam menyedia dan menggunakan alat bantu mengajar serta keberkesanan penggunaan peralatan ini juga turut dikaji. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian adalah seramai 82 orang dan merupakan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu yang mengajar di sekolah menengah di Daerah Kerian, Perak. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik. Analisis data telah diperolehi dengan menggunakan program SX.II bagi mendapatkan nilai frekuensi, jadual silang dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan semua jenis alat bantu mengajar elektronik terdapat di sekolah tetapi guru-guru lebih kerap menggunakan carta/gambarajah dan peralatan sebenar dalam pengajaran. Tahap kemahiran responden dalam menggunakan peralatan overhead projektor (OHP) dan alat perakam video adalah tinggi tetapi responden kurang yakin menggunakannya.