Persepsi guru-guru perdagangan terhadap bidang elektif dalam mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu /
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi guru-guru Perdagangan terhadap Bidang Elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (K.H.B.). Ianya berdasarkan kepada tiga skop yang dipilih iaitu pengetahuan dan kemahiran, persekitaran serta tugas dan tanggungjawab. Ia dijalankan di enam b...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai : UTM,
1995
|
Subjects: |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi guru-guru Perdagangan terhadap Bidang Elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (K.H.B.). Ianya berdasarkan kepada tiga skop yang dipilih iaitu pengetahuan dan kemahiran, persekitaran serta tugas dan tanggungjawab. Ia dijalankan di enam belas buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) yang melibatkan 48 orang guru-guru Perdagangan yang mengajar mata pelajaran K.H.B. sebagai responden. Pemilihan responden adalah secara rawak berstrata di mana empat buah sekolah telah dipilih dari keempat-empat Zon yang terdapat di Wilayah Persekutuan. Setiap sekolah dianggarkan dengan purata 3 orang responden. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Borang soal selidik diedarkan untuk dipenuhi oleh responden bagi mendapat maklum balas daripada soalan-soalan yang dikemukakan. Maklumat dan data-data yang diterima daripada responden direkod dan dianalisis dengan menggunakan perisian komputer 'SX', seterusnya diulas dengan menggunakan sistem jadual disamping kaedah perbincangan secara deskriptif berdasarkan kepada kekerapan dan peratusan yang diperolehi. Secara keseluruhan kajian ini, banyak menghasilkan dapatan yang berbentuk positif. Ini menunjukkan Bidang Elektif yang terdapat dalam mata pelajaran K.H.B. dapat diterima dan dilaksanakan dengan baik oleh guru-guru Perdagangan. Namun begitu masih terdapat beberapa kelemahan dan masalah yang perlu diatasi bersama oleh pihak-pihak yang terlibat dengan perlaksanaan mata pelajaran K.H.B. khususnya Bidang Elektif. Seterusnya beberapa cadangan susulan daripada dapatan yang diperolehi disyorkan di akhir penulisan ini agar dapat dimenafaatkan oleh pihak-pihak yang terlibat itu. |
---|