Hubungan di antara minat, kecerdasan, dan status sosioekonomi keluarga pelajar dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran kemahiran hidup /

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara minat, kecerdasan dan status sosioekonomi keluarga pelajar terhadap pencapaian mereka dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Dengan menggunakan kaedah persampilan rawak seramai 69 orang pelajar tingkatan tiga daripada dua buah sekolah di Daerah K...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 219459 Abdul Majid Wook Ghazali
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara minat, kecerdasan dan status sosioekonomi keluarga pelajar terhadap pencapaian mereka dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Dengan menggunakan kaedah persampilan rawak seramai 69 orang pelajar tingkatan tiga daripada dua buah sekolah di Daerah Kinta, Ipoh telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Empat jenis instrumen telah digunakan di dalam soal selidik ini iaitu Soal Selidik mengenai minat pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup, Soal Selidik Status Sosioekonomi Keluarga Pelajar, Ujian Kecerdasan Bebas Dari Kebudayaan (Cattell) dan Soalan Ujian Kemahiran Hidup (Komponen Teras). Data dianalisis menggunakan Kaedah Korelasi Pearson dan Regresi Berganda dengan aras keertian berstatistik p 0.05. Dapatan kajian ini menunjukkan status sosioekonomi mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar, manakala faktor kecerdasan juga berada pada tahap signifikan dengan hubungan yang negatif terhadap pencapaian pelajar. Minat tidak menunjukkan sebarang hubungan dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ini juga memberi erti bahawa status sosioekonomi merupakan peramal terbaik bagi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.