Summary: | Sistem Pembelajaran Interaktif Jarak Jauh ini adalah salah satu sistem cadangan yang berasal dari lanjutan sebahagian projek I, iaitu Kajian dan Pengkomputeran FSKSM, UTM. Sistem cadangan ini merupakan satu sistem yang akan diguna dan memanfaatkan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam Universiti Teknologi Malaysia. Golongan pengguna sistem ini adalah terdiri daripada pihak pengurusan dan pentadbiran, tenaga pengajar, kakitanan, pelajar dalaman dan juga luar kampus. Skop projek sistem ini melingkupi kajian dan penyelidikan mengenai sistem pembelajaran kaedah jarak jauh, kajian produk dalam pasaran serta mencadangkan implementasi sistem tersebut. Penggunaan sistem ini akan memberi penyambungan dan saluran komunikasi yang berkesan di antara pengguna pada lokasi geografik yang berbeza dari segi pertukaran maklumat dalam bentuk teks, data, perkongsian applikasi, audio dan juga video. Apabila projek ini dilaksanakan, ia pasti dapat membantu FSKSM dan juga UTM secara langsung atau tidak langsung dalam mencapai objektifnya dengan lebih berkesan dan cepat. Sistem ini akan menjimatkan guna tenaga, masa perjalanan, kos perbelanjaan dan juga sumber-sumber lain dalam perancangan jangka masa panjang.
|