Pembangunan sistem jadual waktu sekolah menengah /

Sistem Jadual Waktu Sekolah dibina bagi membantu guru-guru yang terlibat dalam penyediaan jadual waktu bagi sekolah-sekolah menengah. Sistem ini akan memudahkan proses penyediaan jadual waktu dan menjimatkan masa tidak seperti sistem penyediaan jadual waktu secara manual. Sistem ini juga direkaben...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 307843 Adnan Mohammad
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Sistem Jadual Waktu Sekolah dibina bagi membantu guru-guru yang terlibat dalam penyediaan jadual waktu bagi sekolah-sekolah menengah. Sistem ini akan memudahkan proses penyediaan jadual waktu dan menjimatkan masa tidak seperti sistem penyediaan jadual waktu secara manual. Sistem ini juga direkabentuk bagi menyelesaikan masalah-masalah sampingan yang dihadapi oleh guru-guru dalam menyediakan jadual waktu iaitu masalah memproses guru gantian. Sistem jadual waktu sekolah ini terdiri daripada empat modul iaitu modul Kemasukan Data, modul Bina Jadual, modul Cetak/Papar dan modul Guru Ganti. Modul Kemasukan Data digunakan untuk proses kemasukan data-data yang diperlukan dalam memproses jadual pada modul Bina Jadual. Modul Cetak/Papar pula digunakan untuk mencetak dan memaparkan output akhir iaitu jadual-jadual yang telah dibangunkan. Modul Guru Ganti digunakan untuk menyediakan guru gantian. Pembangunan sistem adalah melibatkan penggunaan bahasa pengaturcaraan Borland C V3.1. Dengan persekitaran DOS, sistem yang dibina adalah sesuai dan dapat digunakan oleh hampir semua komputer peribadi yang ada pada masa kini.