Summary: | Maklumat merupakan aset penting bagi sesebuah organisasi, jabtan mahu pun syarikat-syarikat swasta. Di atas kesedaran inilah, Bahagian Pengurusan Bangunan Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengkomputerisasikan segala urusannya. Sistem yang dibangunkan ini dikenali sebagai 'Sistem Pengurusan Harta dan Bangunan Kerajaan.' Matlamat sistem ini dibangunkan adalah untuk meningkat produktiviti dan prestasi kerja kakitangan BPBK dan merupakan langkah permulaan untuk BPBK merealisasikan konsep pengautomatan pejabatnya di samping menggunakan teknologi maklumat yang sedang membangun masakini. SPHBK dibahagikan kepada 4 modul iaitu Modul Pengurusan Rumah Kerajaan, Modul Pengurusan Rumah Peranginan, Modul Perolehan Ruang Pejabat dan Modul Pembangunan, Tanah dan Penguatkuasaan. Di dalam laporan ini akan hanya menerangkan proses pembangunan bagi modul pengurusan Rumah Kerajaan dan Modul Pengurusan Rumah Peranginan manakal skop modul yang lain akan diterangkan oleh Cik Hani bt. Nuhim. Laporan ini akan menerangkan berkenaan skop projek, objektif, latarbelakang organisasi, fungsi dan tuga setiap unit berserta analisa masalah sistem semasa. Aspek pengurusan maklumat yang dilaksanakan oleh sistem ini adalah kemasukan data, menganalisa data dan menjanakan output bercetak dan paparan. Sistem ini dibangunkan menggunakan Aplikasi GUPTA SQL Windows pada persekitaran 'windows'.
|