Pakej perakaunan (modul gaji dan inventori) syarikat bersaiz sederhana-sambungan /

Pakej Pengurusan Gaji Dan Inventori ini adalah merupakan sistem berkomputer yang dibangunkan secara 'stand-alone'. Pakej ini adalah berasaskan kajian dan analisa yang telah dilakukan ke atas beberapa buah syarikat iaitu Techart Sdn Bhd dan AI Associate Sdn Bhd yang masih melaksanakan sist...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 233611 Mohd. Amran Mohd. Ariffin
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Pakej Pengurusan Gaji Dan Inventori ini adalah merupakan sistem berkomputer yang dibangunkan secara 'stand-alone'. Pakej ini adalah berasaskan kajian dan analisa yang telah dilakukan ke atas beberapa buah syarikat iaitu Techart Sdn Bhd dan AI Associate Sdn Bhd yang masih melaksanakan sistemnya secara manual iaitu tanpa menggunakan peralatan komputer. Modul-modul yang dibangunkan ini merupakan dua sistem penting yang melibatkan pihak pentadbiran dan juga kakitangan dalam sesebuah organisasi. Modul Gaji berkepentingan dalam membantu meningkatkan lagi keupayaan pengurusan Gaji yang sedia ada dan mempastikan aliran maklumat penggajian yang berkesan dan optima di bahagian Unit Kewangan Dan Pentadbiran. Pewujudan modul Inventori pula adalah bagi memastikan keberkesanan dan pengoptimuman segala operasi yang melibatkan Inventori syarikat. Diharapkan pakej perakaunan Sistem Pengurusan Gaji Dan Inventori ini bukan sahaja memberi faedah kepada syarikat ini bahkan juga kepada syarikat-syarikat bersaiz sederhana yang lain. Pakej ini juga merupakan lanjutan daripada projek yang dibangunkan sebelum ini, yang mana tumpuannya adalah kepada Akaun Bayaran, Akaun Penerimaan dan juga Buku Tunai.