Sistem maklumat kemudahan di UTM : pelan lokasi/makmal /

Sistem Maklumat Kemudahan Di UTM (Pelan Lokasi/Makmal) yang bertumpu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur merupakan satu sistem cadangan yang akan dibangunkan bagi membantu para pelawat dan kakitangan di bahagian pentadbiran Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat. Dengan adanya sistem ini, maklumat b...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 233619 Norleen Ramli
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Sistem Maklumat Kemudahan Di UTM (Pelan Lokasi/Makmal) yang bertumpu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur merupakan satu sistem cadangan yang akan dibangunkan bagi membantu para pelawat dan kakitangan di bahagian pentadbiran Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat. Dengan adanya sistem ini, maklumat berkenaan dengan lokasi bangunan-bangunan yang terdapat di Universiti Teknologi Malaysia serta makmal-makmal komputer yang sedia ada di setiap fakulti ini adalah berguna, khasnya, kepada kakitangan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat dan amnya kepada pelawat yang datang ke Universiti Teknologi Malaysia. Sistem Maklumat Kemudahan Di UTM ini akan melibatkan dua modul utama iaitu modul pembangunan sistem pelawat yang bertumpu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan modul pertanyaan makmal. Dibawah modul pertanyaan makmal yang akan digunakan oleh kakitangan di bahagian pentabdiran Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat, Sistem Maklumat Kemudahan Di UTM akan melaksanakan paparan maklumat berkenaan dengan perkakasan, bilangan perkakasan dan perisian yang terdapat di makmal-makmal komputer bagi setiap fakulti iatu Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli, kemasukan, penghapusan dan pengemaskinian rekod peralatan makmal serta penjanaan laporan makmal secara bercetak.