Pengurusan harta di institusi kewangan : kes kajian Bank Bumiputera /

Tujuan utama dissertasi ini ialah untuk memperkenalkan dengan lebih dekat lagi konsep pengurusan harta dan bagaimana ia berfungsi dalam sebuah institusi kewangan. Di sini, institusi yang telah dipilih ialah bank Bumiputra. Dissertasi ini cuba menegaskan bagaimana teknik pengurusan harta jika dipergu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 421026 Mazlina Md. Ismail
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1983
Subjects:
Description
Summary:Tujuan utama dissertasi ini ialah untuk memperkenalkan dengan lebih dekat lagi konsep pengurusan harta dan bagaimana ia berfungsi dalam sebuah institusi kewangan. Di sini, institusi yang telah dipilih ialah bank Bumiputra. Dissertasi ini cuba menegaskan bagaimana teknik pengurusan harta jika dipergunakan dengan cekap dapat memenuhi matlamat organasasi dan kehendak-kehendak sosial. Disini ditekankan kepentingan dan keupayaannya dalam menyelesaikan masaalah organasasi, yang mungkin tidak boleh diselesaikan olih prinsip pengurusan am. Dengan penggunaan yang cekap, ianya telah dapat menempatkan Bank Bumiputra ke tahap yang membanggakan. Dalam Dissertasi ini, Bab I merupakan bab pendahuluan yang menerangkan bidang kajian, skop dan objektif serta cara-cara dissertasi ini disediakan. Bab II cuba memperkenalkan konsep pengurusan harta, sejarah kelahirannya serta keperluannya dalam menyelesaikan masalah organisasi. Dalam bab ini juga disebutkan bentuk-bentuk institusi harta yang ada pada masa kini. Bab III membuat analisa institusi dengan lebih terperinci, perbezaan dan persamaan dalam corak pengurusan yang ada, pencapaian dan masalah-masalah yang telah timbul. Bentuk-bentuk institusi yang telah diperincikan adalah terdiri dari institusi pengantara bank dan institusi pengantara bukan bank. Seterusnya, dalam Bab IV dinyatakan struktur organasasi BBMB dan kepentingan Jabatan Harta diinstitusi tersebut. Dalam Bab V akan diperkembangkan corak pengurusan harta di Jabatan Harta BBMB, fungsi setiap bahagian serta pencapaian Jabatan dalam memenuhi kehendak organasasi dan awam. Dalam Bab VI pula ditunjukan corak pengurusan projek di BBMB dan dibandingkan corak pengurusan ini dengan organasasi yang lain untuk memperlihatkan sejauh mana teknik pengurusan yang saitifik dipergunakan di BBMB. Seterusnya, didalam VII diperincikan bentuk-bentuk projek yang dikendalikan olih ahli-ahli pasukan petugas disini, dan contoh projek ialah sebuah cawangan BBMB. Disini ditunjukkan proses-prose pengurusan yang perlu dilalui dalam membuka sebuah cawangan bank, yang merupakan satu fungsi utama Jabatan Harta BBMB, Bab terakhir mengandongi kesimpulan serta penutup bagi dissertasi ini.