Sistem pembumian rintangan rendah otomatik : rekabentuk pengawal aliran cecair /

Tidak dapat dinafikan bahawa sistem pembumian merupakan satu sistem yang amat penting kerana ia berhubung rapat dengan keselamatan nyawa, peralatan dan harta benda. Sistem pembumian akan dpat membantu menstabilkan voltan, mencegah kejadian voltan lampau ketika gangguan terhadap sistem elektrik. Ini...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 241863 Madzlan Hashim
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Tidak dapat dinafikan bahawa sistem pembumian merupakan satu sistem yang amat penting kerana ia berhubung rapat dengan keselamatan nyawa, peralatan dan harta benda. Sistem pembumian akan dpat membantu menstabilkan voltan, mencegah kejadian voltan lampau ketika gangguan terhadap sistem elektrik. Ini berkait rapat dengan kemampuan sistem pembumian menyalurkan voltan dan arus berlebihan terus kebumi yang lazimnya disebabkan oleh kerosakan talian, peralatan dan sambaran kilat. Satu laluan rintangan rendah haruslah diperolehi untuk membolehkan arus yang terlalu besar mengalir melaluinya tanpa meninggalkan kesan buruk terhadap sistem. Projek ini merupakan satu kajian mengenai parameter-parameter didalam sistem pembumian yang lazim digunakan. Analisis jug dibuat keatas angkubah-angkubah yang berhubung rapat dengan sistem pembumian. projek ini juga merangkumi rekebentuk satu sisem pembumian yang berintangan rendah dan mengkaji keberkesanan kaedah rawatan tanah menggunakan beberapa teknik bagi mendapatkan nilai rintangan yang paling rendah. Akhir sekali ialah mereka bentuk satu sistem yang dapat mengekalkan tahap rintangan yang rendah ini secara otomatik untuk menghasilkan satu sistem pembumian yang lebih berkesan dan cekap menjalankan tugasnya. Disamping itu jug beberapa kaedah baru akan cuba dilaksanakan diantaranya ialah:- 1. Penggunaan hidro-jel dalammempengaruhi kelembapan tanah. 2. Penggunaan tanah yang mempunyai kadar saliran yang baik disamping tanah biasa. 3. Penggunaan mikropemproses sebagai pengawal otomatik cecair untuk mengekalkantahap kelembapan tanah.