Analisa, rekabentuk dan pembangunan sistem maklumat kredit untuk ibu pejabat Bank Pertanian M'sia/

Bank Pertanian Malaysia (BPM) merupakan sebuah institusi kewangan yang telah menawarkan skim kredit dan pinjaman untuk membantu para petani meningkatkan mutu dan daya pengeluaran. Di dalam proses menguruskan aktiviti pinjaman ini, terdapat banyak kesulitan yang timbul terutamanya didalam mendapatka...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 448469 Kamaruddin Dolmat
Format:
Subjects:
Description
Summary:Bank Pertanian Malaysia (BPM) merupakan sebuah institusi kewangan yang telah menawarkan skim kredit dan pinjaman untuk membantu para petani meningkatkan mutu dan daya pengeluaran. Di dalam proses menguruskan aktiviti pinjaman ini, terdapat banyak kesulitan yang timbul terutamanya didalam mendapatkan dan menyimpan maklumat yang lengkap. Hal ini menyebabkan proses yang dilakukan untuk menghasilkan kata putus terhadap permohonan yang dilakukan adalah lambat. Memandangkan kepada pengurusan yang semakin bertambah komplek, maka kecekapan pengurusan adalah perlu bagi meyakinkan para pemohon terhadap khidmat yang ditawarkan. Dengan ini satu kaedah penyelesaian yang dirasakan terbaik adalah dengan mengkomputerisasikan segala aktiviti yang terlibat di Bahagian Urusan Kredit. Langkah ini memang menjadi hasrat pihak BPM dan ianya adalah selaras dengan perkembangan teknologi moden. Di dalam projek yang dilakukan ini, sistem yang dibangunkan hanyalah merupakah model kepada sistem yang sebenar. Segala keterangan mengenai tatacara dan aliran pinjaman yang berlaku adalah berdasarkan kepada keadaan yang sebenar, di mana segala maklumat yang didapati melalui pegawai-pegawai di Bahagian Urusan Kredit. Kajian mengenai projek ini dilakukan di Ibu Pejabat BPM. Di dalam membangunkan pakej untuk sistem ini, perisian yang telah digunakan adakah dBASE III, di mana pakej tersebut telah di laksanakan dengan komputer mikro IBM PC.