Summary: | Galakan dan Dorongan adalah merupakan salah satu kaedah pengurusan yang perlu cekap diperlakukan oleh pihak pengurusan terhadap pekerjanya sama ada di sektor swasta atau awam. Galakan diperlakukan adalah bertujuan meningkatkan moral pekerja. Produktiviti yang tinggi dan moral pekerja yang baik merupakan keperluan yang mesti diadakan di tempat kerja. Untuk kilang-kilang dan bengkel-bengkel yang beroperasi dengan cekap kedua-dua unsur ini mesti diadakan. Terdapat teori-teori berhubung dengan Galakan dan Dorongan telah ditulis oleh ahli-ahli penyelidik seperti F.W. Taylor, A.H. Maslow, D.M. Mc Gregor, F. Herzberz, Hawthorn dan V.H. Vroom. F.W. Taylor yang dikenali sebagai ahli pengurusan saitifik mencadangkan berkenaan pembayaran upah kerja secara piece rate pada sesuatu jenis tugas. Dengan adanya pembayaran upah yang menarik, pekerja akan menggandakan usahanya di dalam pekerjaannya dan tidak secara langsung meningkatkan produktiviti tempat bekerja. Sementara A.H. Maslow, D.M. Mc Gregor, F. Herberz, Hawthorn dan V.H. Vroom menggariskan cara pembentukan moral pekerja dengan melayan kehendak pekerja. Dari teori-teori tersebut terbina sesuatu kaedah melakukan galakan dan dorongan terhadap pekerja secara berkesan. Setiap kaedah Galakan Dan Dorongan perlu diuji kekesanannya. Model perlu digunakan untuk menguji kekesanan sesuatu kaedah dorongan. Dorongan akan terujud hasil daripada kehendak dan kebolehan. Dengan itu pihak pengkaji perlu mengetahui kehendak pekerja dengan membuat soalselidik pekerja di tempat mereka bekerja. Kebolehan pekerja doleh ditingkatkan dengan melatih mereka disesuatu bidang pekerjaan mahir. Setiap kaedah Galakan dan Dorongan yang sesuai jika perlakukan akan memberi kesan baik kepada pekerja itu sendiri dan juga majikannya. Produktiviti yang tinggi, moral pekerja yang baik dan suasana pekerjaan yang bebas daripada permogokan dan bantahan merupakan contoh-contoh kesan diperlakukan Galakan dan Dorongan. Banyak lagi kebaikan akan diperolehi hasil daripada perlakuan Galakan dan Dorongan.
|