Kaji semula konsep dan ciri-ciri pembangunan pangsapuri servis /

Pembangunan penginapan yang mengabungkan suasana kehidupan (lifestyle) apartmen mewah dengan pengurusan seperti hotel merupakan trend baru dalam pasaran hartanah dan industri penginapan di negara Malaysia, kewujudannya juga merupakan saingan kepada industri perhotelan. Pembangunan seperti ini lebih...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: 367441 Rozaini Hassan
Format:
Publié: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1996
Sujets:
Description
Résumé:Pembangunan penginapan yang mengabungkan suasana kehidupan (lifestyle) apartmen mewah dengan pengurusan seperti hotel merupakan trend baru dalam pasaran hartanah dan industri penginapan di negara Malaysia, kewujudannya juga merupakan saingan kepada industri perhotelan. Pembangunan seperti ini lebih dikenali sebagai pangsapuri servis. Projek pembangunan pangsa puri servis semakin meningkat berikutan mendapat permintaan yang tinggi khususnya di kalangan eksekutif luar negara, ahli perniagaan dan pelancong. Namun bentuk pembangunannya yang mengabungkan ciri-ciri perumahan dan komersial ini telah menimbulkan kekeliruan semua pihak terhadap apakah fungsi dan status sebenar pembangunan tersebut dan adakah pembangunannya memenuhi kehendak-kehendak perancangan serta peruntukkan-peruntukan yang telah digariskan semasa memberi kelulusan merancang? Sehingga kini belum ada satu takrifan yang jelas mengenai pangsapuri servis dan garispanduan khusus untuk mengawal perancangan pembangunannay yang digunapakai secara menyeluruh oleh semua PBT di negara ini. Keadaan ini telah menyebabkan kekeliruan di kalangan PBT untuk menilai permohonan pembangunan tersebut samada ia terletak di bawah peruntukan garispanduan perumahan atau komersial. Kekeliruan dan salahtaksir PBT terhadap fungsi sebenar pembangunan telah menimbulkan pelbagai masalah seperti peningkatan nilai tanah, kesesakan lalulintas serta pengoperasian pembangunan tersebut secara haram kerana gagal memperolehi lesen perniagaan. Melalui kajian-kajian penyelidikan ini, fungsi pangsapuri dikenalpasti sebagai komersial. Bagi mengekalkan konsep pembangunannya yang mengabungkan lifestyle apartmen mewah dengan pengurusan seperti hotel, maka adalah dirasakan perlunya garispanduan khusus atau pengubahsuaian garispanduan sediada yang digunapakai dalam memberi kelulusan merancang. Melalui garispanduan yang dibentuk dapat digunakan sebagai panduan dan kawalan kepada permohonan pembangunan merancang di samping dapat membantu pemaju menentukan apakah keperluan yang harus ada bagi pembangunan pangsapuri servis.