Summary: | Sehingga Oktober 1995, jumlah penilai yang telah berdaftar hanyalah 420 orang sahaja. Jumlah ini boleh dikatakan kecil jika dibandingkan dengan lebih 1,000 orang yang layak untuk berdaftar. Jika dibandingkan dengan jumlah akitek, jurukur bahan dan jurutera berdaftar, jumlah penilai yang berdaftar adalah terlalu sedikit. Pendaftaran penilai kurang mendapat sambutan walaupun Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen harta Tanah 1981 dengan jelas menyatakan seseorang penilai itu hanya akan dibenarkan menjalankan amalan penilaian ini setelah berdaftar dengan pihak lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia sahaja. Adakah masalah kekurangan penilai berdaftar ini wujud akibat daripada kelemahan sistem pendaftaran yang terlalu ketat sehingga membebankan penilai? Onjektif kajian ini ialah mengkaji faktor-faktor mengapa jumlah penilai berdaftar kecil berbanding dengan jumlah lulusan yang mempunyai kelayakan untuk mendaftar, keduanya mengkaji kaedah-kaedah dalam prosedur pendaftaran yang menimbulkan masalah kepada penilai untuk berdaftar dan seterusnya mengemukakan cadangan bagi mempertingkatkan minat penilai untuk berdaftar. Analisis kajian menunjukkan punca-punca utama kenapa kurangnya minat penilai untuk mendaftar adalah disebabkan oleh beban kerja di pejabat yang terlampau banyak, tiada masa untuk bersedia menghadapi Ujian Kecekapan Profesional (TPC) dan jumlah kegagalan yang mengambil TPC adalah tinggi. Berdasarkan analisis soal selidik daripada responden, temuduga profesional adalah paling sukar jika dibandingkan dengan laporan tugasan (practical task). Ini adalah merupakan salah satu daripada punca kegagalan mereka yang mengambil TPC. Analisis soal selidik mendapati bahawa temuduga profesional yang diadakan adalah terlalu luas jangkauannya dan sukar ditangani. Melalui kajian ini, adalah diharapkan dapat diperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam sistem pendaftaran penilai di Malaysia. Walaupun prosedur pendaftaran ini penting bagi menjamin kualiti perkhidmatan profesional. Di samping itu kajian ini juga dapat memberi gambaran bagaiman sistem pendaftaran penilai di negara ini kepada bakal-bakal penilai yang ingin berdaftar.
|