Laluan masa minima bagi rangkaian jalanraya di metropolitan Kuala Lumpur/

Perkembangan kegiatan sosio-ekonomi, perindustrian dan pembangunan kawasan kediaman mempengaruhi sistem rangkaian Jalanraya yang semakin komplek. Keadaan ini lebih ketara di bandar-bandar besar seperti metropolitan Kuala Lumpur. Para pemandu kenderaan memerlukan sistem rangkaian jalanraya yang lengk...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 171782 Abd. Razak Sulong
Format:
Subjects:
Description
Summary:Perkembangan kegiatan sosio-ekonomi, perindustrian dan pembangunan kawasan kediaman mempengaruhi sistem rangkaian Jalanraya yang semakin komplek. Keadaan ini lebih ketara di bandar-bandar besar seperti metropolitan Kuala Lumpur. Para pemandu kenderaan memerlukan sistem rangkaian jalanraya yang lengkap bersistematik. Sebagai salah satu langkah ke arah ini, pengetahuan laluan masa minima dapat disyorkan kepada para pemandu dalam membuat pilihan laluan terbaik berdasarkan masa perjalanan minima. Kajian ini juga boleh menjadi oanduan kepada pehak-pehak yang bertanggungjawab terhadap perancangan pengangkutan bandar. Tesis ini adalah untuk menentukan laluan masa minima bagi rangkaian jalanraya Kuala Lumpur. Kawasan kajian seluas lebih kurang 244 kilometer persegi telah dibahagikan kepada 66 zon lalulintas dengan jumlah 320 nod. Analisa dibuat berdasarkan kaedah Moore Algorithm. Mengikut kaedah ini pemilihan laluan adalah berdasarkan masa minima perjalanan dengan analisa komputer. Keputusan komputer yamg diperolehi ialah jadual pokok laluan masa minima bagi setiap zon origin. Hasil kajian ini berguna untuk kajian lanjutan dengan menggunakan Model Graviti.