Summary: | Projek ini merupakan satu kajian untuk menghasilkan satu pengawal suhu ringkas yang boleh berfungsi secara bersendirian menggunakan pengawal-mikro MC68HCIIE9. Pengawal suhu ini telah digunakan untuk mengawal dan mengukur suhu relau. Suhu relau dinaikkan dari suhu bilik sehingga kepada suhu titik tentu yang dikehendaki oleh pengguna. Seterusnya, suhu relau dikekalkan pada suhu titik tentu berkenaan. Kawalan buka tutup telah digunakan dalam projek ini. Suhu semasa yang diperolehi di bawah kawalan tersebut adalah lebih kurang sama dengan suhu jangkaan. Secara umum, projek ini melibatkan pembinaan litar-litar yang diantaramukakan dengan pengawal-mikro melalui pengaturcaraan dalam bahasa penghimpun Motorola. Litar-litar ini termasuk litar paparan tujuh segmen, litar pengatur voltan, litar suis relau, litar suis berbit dan litar menyalakan lampu LED.
|