Perlindungan daripada kepudaran duit syiling ringgit Malaysia satu (RM 1) /
Kepudaran yang dialami oleh duit syiling Ringgit Malaysia Satu (RM1) merupakan salah satu masalah yang menjadi perhatian pihak Bank Negara pada masa kini. Tumpuan kajian adalah penggunaan natrium dikromat (Na2Cr2O7) sebagai bahan utama penyalut kerana beberapa sifat yang dimilikinya bersesuaian den...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai : UTM,
1996
|
Subjects: |
Summary: | Kepudaran yang dialami oleh duit syiling Ringgit Malaysia Satu (RM1) merupakan salah satu masalah yang menjadi perhatian pihak Bank Negara pada masa kini. Tumpuan kajian adalah penggunaan natrium dikromat (Na2Cr2O7) sebagai bahan utama penyalut kerana beberapa sifat yang dimilikinya bersesuaian dengan komposisi syiling tersebut di samping dapat menghasilkan warna kuning keemasan yang menyerupai warna syiling yang asal dengan mencampurkan Na2Cr2O7, asid dan bahan organik iaitu aerosol. Rawatan ke atas syiling yang telah pudar ini dimulakan dengan pencucian permukaan syiling menggunakan alkali panas dan asid kromik sebelum proses penyalutan dilakukan menggunakan larutan kromat yang dinamakan "Pelarut Campuran". Sampel diuji menggunakan semburan peluh sintetik menerusi alat Salt Spray Test (SST). Hasil didapati tidak mengalami perubahan terhadap ujian tersebut apabila jarak masa yang diambil antara pengeringan dengan ujian adalah selama sebulan. ini kerana penyalutan kromat menjadi lebih kuat dengan pertambahan masa pengeringan. Memandangkan kajian ini berjaya menyalut syiling RM1 dengan warna kuning keemasan yang cantik, maka kajian selanjutnya perlu menumpukan kepada kaedah pengeringan yang sesuai dan juga potensi bahan-bahan organik selain daripada aerosol. |
---|