Analisis pasaran saham : satu kajian peramalan indeks komposit BSKL menggunakan rangkaian neural /
Rangkaian neural merupakan satu pendekatan baru yang cuba memimik neuron yang terdapat dalam otak dan sistem saraf manusia. Kajian tesis ini tertumpu kepada analisis pasaran saham dan penggunaan rangkaian neural dalam peramalan indeks pasaran saham. Rangkaian neural dilatih untuk memainkan peranan...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai : UTM,
1996
|
Subjects: |
Summary: | Rangkaian neural merupakan satu pendekatan baru yang cuba memimik neuron yang terdapat dalam otak dan sistem saraf manusia. Kajian tesis ini tertumpu kepada analisis pasaran saham dan penggunaan rangkaian neural dalam peramalan indeks pasaran saham. Rangkaian neural dilatih untuk memainkan peranan sebagai fungsi matematik yang dapat menggunakan indeks pasaran saham terdahulu untuk meramalkan indeks pasaran selepasnya. Satu rangkaian neural model Radial Basis Function (RBF) dibina dan telah diuji keupayaan ramalannya. Pendekatan yang digunakan bertujuan untuk meramal indeks pada hari berikutnya iaitu peramalan jangka masa pendek. Data sebenar Indeks Komposit BSKL digunakan dalam kajian ini. Input yang digunakan untuk menjalani proses latihan bukan sahaja terdiri daripada indeks komposit, tetapi juga beberapa penunjuk teknikal. Hasil ramalan daripada eksperimen diberikan bersera dengan perbandingan kepada indeks sebenar yamg diperolehi pada hari berikutnya. Eksperimen yang dijalankan dalam kajian ini menunjukkan bahawa model RBF dapat memberikan keputusan peramalan yang lebih baik apabila lebih banyak data latihan digunakan. |
---|