Penghasilan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri komponen pilihan kemahiran manipulatif tambahan pada peringkat tingkatan 3 /
Perkembangan sains dan teknologi telah banyak membawa perubahan kepada dunia pendidikan masa ini. Penggunaan kaedah pengajaran bermodul (PB) menggunakan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) merupakan satu inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian ini adalah menghasilkan MPK dan m...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai : UTM,
1996
|
Subjects: |
Summary: | Perkembangan sains dan teknologi telah banyak membawa perubahan kepada dunia pendidikan masa ini. Penggunaan kaedah pengajaran bermodul (PB) menggunakan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) merupakan satu inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian ini adalah menghasilkan MPK dan menilai kesesuaiannya untuk digunakan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) komponen pilihan Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) pada peringkat Tingkatan 3. Subjek kajian melibatkan 14 orang guru yang dianggap sebagai pakar bidang yang mengajar KHB komponen pilihan KMT. Untuk menentukan kesesuaian MPK yang dihasilkan, dua peringkat penilaian formatif telah dijalankan, iaitu penilaian formatif atau dengan satu dan penilaian formatif kelompok kecil. Alat kajian adalah satu set soal selidik dan statistik deskriptif telah digunakan untuk menganalis data. Keputusan kajian daripada pakar bidang menunjukkan bahawa MPK yang dihasilkan adalah sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran KHB. |
---|