Kajian awalan persepsi pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan terhadap pendekatan syarahan /

Pusat pengajian tinggi adalah gedung ilmu yang dapat memperkembangkan mutu pembelajaran ke arah mewujudkan generasi yang berilmu, berdaya saing serta berkemampuan memenuhi wawasan negara. Para lepasan universiti merupkaan ejen penting yang dapat menyahut cabaran perubahan pendidikan sealiran dengan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 423698 Azmi Zainol
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1996
Subjects:
Description
Summary:Pusat pengajian tinggi adalah gedung ilmu yang dapat memperkembangkan mutu pembelajaran ke arah mewujudkan generasi yang berilmu, berdaya saing serta berkemampuan memenuhi wawasan negara. Para lepasan universiti merupkaan ejen penting yang dapat menyahut cabaran perubahan pendidikan sealiran dengan perubahan teknologi yang berkembang pesat. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap pensyarahan kognitif di Universiti Teknologi Malaysia. Kaedah pensyarahan yang merangkumi aspek tahap syarahan dan amalan syarahan merupakan persoalan utama dalam kajian ini. Subjek kajian terdiri daripada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan dan 99 pelajar Tahun 4 dan 5 kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam dan Jentera). Instrumen kajian dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A adalah terdiri daripada 6 item berkaitan latar belakang responden. Bahagian B pula merupakan soal selidik yang berasaskan skala pemeringkatan Likert untuk mendapatkan maklumbalas responden. Item-item adalah berkaitan tahap syarahan yang meliputi pemikiran logik, abstrak, kreatif serta berdikari berjumlah 16 item. Manakala item-item dalam kategori amalan syarahan merangkumi pengajaran didaktik, heuristik dan filetik berjumlah 12 item. Analisis telah dibuat untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan skor min. Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar pada keseluruhannya memberikan persepsi yang positif terhadap tahap dan amalan syarahan.