Ciri-ciri diri pelajar cemerlang dalam peperiksaan penilaian menengah rendah bagi mata pelajaran kemahiran hidup /

Kajian ini bertujuan untuk melihat ciri-ciri diri seperti minat, motivasi, hubungan pelajar dengan ibu bapa dan kaedah belajar pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) khasnya dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Dengan menggunakan Kaedah persampelan rawak berl...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 425500 Abd. Halim Abd. Aziz
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1996
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat ciri-ciri diri seperti minat, motivasi, hubungan pelajar dengan ibu bapa dan kaedah belajar pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) khasnya dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Dengan menggunakan Kaedah persampelan rawak berlapis, seramai 50 orang pelajar tingkatan empat dari tiga buah sekolah di Daerah Manjong telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Empat jenis instrumen digunakan di dalam soal selidik ini, iaitu soal selidik mengenai minat pelajar terhadap pelajaran khasnya mata pelajaran Kemahiran Hidup, soal selidik mengenai tahap motivasi pelajar, soal selidik mengenai hubungan pelajar dengan ibu bapa dan kaedah belajar. Soal selidik jenis 'Likert' digunakan dalam kajian ini manakala data dianalisis menggunakan kaedah peratusan. Dapatan kajian ini menunjukkan responden berminat mempelajari beberpa mata pelajaran disamping mata pelajaran kemahiran hidup. Tahap motivasi responden adala ibu bapa, pihak sekolah dan persekitaran. Hubungan ibu bapa dengan responden berada pada tahap yang amat baik dan ibu bapa berperanan dengan cara yang amat berkesan untuk meningkatkan tahap minat dan motivasi. responden menguasai kaedah belajar kecuali tidak dapat menggunakan masa dengan cara yang efektif.