Summary: | Masalah prestasi pendidikan di kalangan pelajar dari golongan status sosioekonomi rendah bukanlah satu perkara baru. Masalah ini sering diperbincangkan dan masih belum dapat di selesaikan sepenuhnya sehingga kini. Berdasarkan situasi inilah projek ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat prestasi pendidikan pelajar dari golongan ini dalam mata pelajaran matematik. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang melibatkan pelajar-pelajar tahun 6 di empat buah sekolah rendah di daerah Langkawi, Kedah Darul Aman. Kajian ini melibatkan aspek-aspek yang mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar golongan status sosioekonomi rendah iaitu pelajar, ibubapa, guru, rakan sebaya dan persekitaran. Hasil dari kajian mendapati prestasi pelajar status sosioekonomi rendah adalah rendah terutamanya dalam mata pelajaran matematik. Dapatan kajian juga mendapati terdapat minat dan kesungguhan di kalangan pelajar. Dorongan dari pihak guru juga adalah tinggi dan mendapat kerjasama yang positif dari rakan sebaya serta keadaan persekitaran yang menggalakkan. Namun demikian didapati dorongan dari ibubapa adalah kurang akibat dari kekurangan kemampuan dari segi pengetahuan dan masa
|