Summary: | Keberkesanan sesuatu pengajaran dalam bilik darjah atau bengkel adalah bergantung kepada kemahiran seseorang guru menyampaikan isi pelajaran yang hendak diajar. Pendekatan guru melalui pelbagai teknik pengajaran amat perlu agar suasana pengajaran pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Selain dari kemahiran bercerita, bersyarah dan lain-lain teknik mengajar, penggunaan alat bantu mengajar juga penting bagi menjelaskan isi kandungan yang hendak disampaikan. Penggunaan alat bantu mengajar boleh membantu pelajar untuk memahami dan menerima pengajaran guru. Bagi mencapai maksud ini satu kit pengajaran mengenai tajuk mendawai lampu floresen, membuat sambungan litar siri, sambungan litar selari dan menguji keterusan serta penebatan direkabentuk. Diharap dengan adanya 'Kit Pengajaran' ini dapat membantu guru-guru melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan, kecekapan dan kemahiran yang tinggi selaras dengan hasrat kerajaan ke arah sebuah negara industri.
|