Satu tinjauan awal mengenai peranan guru pakar sekolah-sekolah menengah /

Kajian tinjauan ini dijalankan adalah bertujuan untuk megetahui peranan yang dimainkan oleh guru pakar di sekolah menengah semenanjung Malaysia. Persoalan kajian adalah berkaitan dengan beban tugas yang dipikul oleh guru pakar, aktiviti-aktiviti yang dijalankan, cara mengatur strategi, kekerapan me...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 428904 Gan, Kern Ong
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1996
Subjects:
Description
Summary:Kajian tinjauan ini dijalankan adalah bertujuan untuk megetahui peranan yang dimainkan oleh guru pakar di sekolah menengah semenanjung Malaysia. Persoalan kajian adalah berkaitan dengan beban tugas yang dipikul oleh guru pakar, aktiviti-aktiviti yang dijalankan, cara mengatur strategi, kekerapan mengadakan aktiviti dan sambutan serta kesannya terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada guru pakar siswazah yang mengajar di sekolah menengah semenanjung Malaysia. Berdasarkan kepada dapatan-dapatan yang dikemukakan dalam kajian tinjauan ini, menunjukkan setiap guru pakar memainkan peranan penting dalam sesebuah sekolah. Beban tugas yang dipikul oleh guru pakar adalah banyak termasuk jawatan ketua panitia dan mengajar subjek kepakaran dengan waktu yang banyak. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah meliputi perbincangan secara individu dan kumpulan dengan pelajar dan guru yang memerlukan perkhidmatan kepakarannya serta merangkumi aktiviti-aktiviti bengkel dan ceramah. Tidak ramai guru pakar mengadakan jadual waktu tertentu untuk berjumpa dengan pelajar dan guru. Strategi-strategi yang dijalankan adalah mengumpul maklumat terlebih dahulu, kemudian mengatur strategi untuk mengatasinya, berbincang dengan pengetua serta mengadakan aktiviti bila terdapat kemerosotan sesuatu mata pelajaran. Kekerapan mengadakan aktiviti adalah sederhana. Sambutan dan kesannya selepas mengadakan aktiviti adalah menggalakkan. Peranan yang dimainkan oleh guru pakar masih belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar serta guru-guru di sekolah.