Masalah pengendalian mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu oleh guru bukan opsyen dan cadangan cara mengatasinya : kajian kes di Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah Darulaman /

Kajian ini mempunyai dua objektif. Pertama ianya dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru bukan opsyen Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang sedang mengajar mata pelajaran itu di sekolah menengah rendah. Kelompok varians masalah yang dikaji ialah tahap kemahiran guru, penge...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 185509 Mohd. Ali
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1996
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini mempunyai dua objektif. Pertama ianya dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru bukan opsyen Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang sedang mengajar mata pelajaran itu di sekolah menengah rendah. Kelompok varians masalah yang dikaji ialah tahap kemahiran guru, pengendalian makmal dan aspek umum. Kedua, kajian ini mengkaji cara mengatasi masalah yang dihadapi oleh kumpulan berkenaan. Kajian ini melibatkan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif yang berkaitan dengan masalah yang dialami oleh kumpulan guru semasa mengajar mata pelajaran KHB diperolehi melalui kaedah soalselidik. Kaedah soalselidik juga digunakan untuk mengumpulkan cadangan para guru yang terlibat mengenai cara mengatasi masalah yang mereka hadapi. Maklumat tambhan berkaitan cara mengatasi diperolehi melalui kaedah temubual bersama beberapa kumpulan responden yang terlibat secara langsung dengan pengendalian mata pelajaran KHB. Dalam kebanyakan hal, analisis data dibuat berdasarkan statistik asas peratusan kekerapan respon. Sampel utama kajian ini ialah sekumpulah 67 orang guru bukan opsyen KHB yang sedang mengajar mata pelajaran ini di sekolah di daerah Kulim, Kedah. Sesi temubual pula melibatkan pegawai unit Kurikulum dari Jabatan Pendidikan Kedah, Jemaah Nazir Persekutuan Cawangan Alor Setar dan pensyarah kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa sampel kajian menghadapi masalah yang serius dalam setiap kelompok varians yang dikaji, khususnya yang melibatkan pengendalian makmal. Kajian ini juga mendapati bahawa latihan berbentuk kurus pengukuhan dalam perkhidmatan merupakan cadangan yang paling polular bagi semua kumpulan responden untuk mengatasi masalah yang dihadapi.