Analisis taburan tegasan pada anggota beralur /

Projek ini merupakan percubaan awalan untuk melihat pengaruh bentuk jeometri alur yang berlainan terhadap taburan tegasan satah pada suatu anggota. Untuk mencapai tujuan ini, beberapa model ujikaji dengan bentuk alur yang berlainan akan dikaji di bawah beban kenaan yang mudah. Model-model ujikaji ak...

Descrición completa

Detalles Bibliográficos
Autor Principal: 439692 Teh, Leong Teik
Formato:
Publicado: 1992
Subjects:
Descripción
Summary:Projek ini merupakan percubaan awalan untuk melihat pengaruh bentuk jeometri alur yang berlainan terhadap taburan tegasan satah pada suatu anggota. Untuk mencapai tujuan ini, beberapa model ujikaji dengan bentuk alur yang berlainan akan dikaji di bawah beban kenaan yang mudah. Model-model ujikaji akan dikenakan beban paksi tegangan dan mampatan dan analisis taburan tegasan akan dijalankan dengan kaedah keanjalan-foto. Alat ujikaji keanjalan-foto yang digunakan terdiri daripada alat keanjalan-foto Riken modelPA-150. Model ujikaji pula dibentuk daripada bahan plastik epoksi resin. Projek ini hanya akan dipertimbangkan masalah tegasan satah sahaja kerana kebanyakan masalah tegasan dalam kejuruteraan Awam dapat dipermudahkan kepada masalah tegasan satah. Laporan ini akan dimulakan dengan perbincangan tentang tiori asas tegasan dan keterikan satah dan diikuti dengan tiori keanjalan-foto. Langkah-langkah ujikaji keanjalan-foto dan keputusannya akan dibincangkandalam bab yang seterusnya. Keputusan ujikaji akan dianalisis untuk mendapatkan nilai tegasan pada tempat-tempat yang dikehendaki. Akhir sekali satu kesimpulan mengenai hasil ujikaji akan dibuat pada akhir laporan.