Perkhidmatan bas mini di Kuala Lumpur/

Perkhidmatan bas mini di Kuala Lumpur adalah merupakan satu jenis pengangkutan awam yang paling baru di perkenalkan di negara ini jika dibandingkan dengan sistem pengangkutan awam yang lain, iaitu bas besar dan teksi. Perkhidmatannya yang bermula pada bulan Ogos 1975 adalah bertujuan sebagai tambaha...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 280471 Wan Mohd. Nor Wan Yaacob
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1980
Subjects:
Description
Summary:Perkhidmatan bas mini di Kuala Lumpur adalah merupakan satu jenis pengangkutan awam yang paling baru di perkenalkan di negara ini jika dibandingkan dengan sistem pengangkutan awam yang lain, iaitu bas besar dan teksi. Perkhidmatannya yang bermula pada bulan Ogos 1975 adalah bertujuan sebagai tambahan kepada perkhidmatan yang diberikan oleh bas besar dan disamping itu juga untuk menarik mereka-nereka yang mempunyai kereta serta yang akan membeli kereta menggunakan perkhidmatan yang diberikan oleh bas mini, dengan tujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Tetapi setelah empat tahun memberikan perkhidmatannya banyak masalah-masalah yang telah ditimbulkan berkenaan dengan sistem yang baru di perkenalkan ini. Jadi tujuan kajian yang dijalankan adalah untuk melihat dengan lebih dekat sistem perkhidmatan bas mini yang ada di Kuala Lumpur sekarang ini. Penulis telah membincangkan beberapa perkara tertentu seperti organisasi, ciri-ciri perkhidmatan, masalah-masalah yang dihadapi serta cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Penulis juga telah mengadakan temuramah dengan penumpang-penumpang bas mini bagi mengetahui keadaan dan pendapat mereka terhadap perkhidmatan bas mini. Daripada kajian ini didapati bahawa perkhidmatan bas mini di Kuala Lumpur setakat ini telah berjaya berfungsi sebagai tambahan kepada perkhidmatan bas besar tetapi kurang berjaya menukarkan minat pemandu-pemandu kereta supaya menggunakan perkhidmatan bas mini. Walau bagaimana pun perkhidmatan ini mempunyai potensi yang besar sebagai satu jenis perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap sekiranya masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini dapat diselesaikan.