总结: | Penstabilan tanah adalah salah satu dari penyelesaian untuk membaiki dan merawat yang bermasalah. Bahan tambah yang biasa digunakan untuk menstabilkan tanah ialah simen, kapur, abu bahan api, bitumen dan bahan kimia. Tujuan projek ini adalah untuk mengkaji kesesuaian abu terbang kelapa sawit (POFA) sebagai agen penstabil kepada pasir halus berkelodak yang diambil dari Pantai Lido. POFA ialah bahan yang dihasilkan dari pembakaran sabut dan tempurung kelapa sawit di dalam dandang. Ia merupakan bahan buangan yang tidak bernilai. POFA mengandungi bahan pozzolana yang boleh menghasilkan bahan bersimen melalui tindakbalas kimia dalam keadaan tertentu. Kajian yang dilakukan terbahagi kepada dua bahagian iaitu menentukan ciri-ciri kejuruteraan sampel tanpa campuran bahan tambah dan menentukan kekuatan tanah yang telah distabilkan. Untuk menentukan kekuatan sampel, ujikaji mampatan tak terkurung digunakan. Manakala tempoh pengawetan yang digunakan ialah 24 jam dan28 hari. Kandungan lembapan optima yang digunakan ialah 12%. Dari ujikaji yang dilakukan didapati kekuatan sampel bagi cmpuran POFA 0%, 5%, 7%, 9% dan 12% ialah 110kPa, 95kPa, 90kPa, 80kPa dan 21kPa pada masa pengawetan 24 jam. Bagi pengawetan 28 hari, kekuatan sampel bagi campuran POFA 0%, 5%, 7%, 9% dan 12% ialah 122kPa, 126kPa, 199kPa, 110kPa dan 124kPa. Kekuatan sampel campuran POFA adalah rendah jika dibandingkan dengan kekuatan sampel campuran simen.
|