Persepsi pelajar-pelajar sekolah menengah vokasional daerah Rompin terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling : satu tinjauan /

Kajian ini telah dijalankan di dua buah sekolah Vokasional Responden yang terlibat dalam kajian terdiri daripada 9 orang kaunselor (guru) dan 75 orang pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, temp...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 433895 Zaidi Abdullah
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1996
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan di dua buah sekolah Vokasional Responden yang terlibat dalam kajian terdiri daripada 9 orang kaunselor (guru) dan 75 orang pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, tempat kajian dijalankan. Bagi mencapai maksud tersebut, kajian ini telah mengaitkan dua aspek penting yang boleh mempengaruhi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kedua-dua aspek ini ialah latarbelakang dan tanggungjawab guru-guru yang dilantik sebagai kaunselor dan persepsi pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan itu sendiri. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi dalam kajian menunjukkan bahawa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah membanggakan. Walaupun demikian, masih terdapat juga beberapa kelemahan. Kelemahan tersebut adalah dari segi kelulusan serta kemahiran membantu dan masa yang diperuntukkan untuk sesi kaunseling. Kemudahan sedia ada yang tidak mencukupi serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan merupakan faktor-faktor penyebab mengapa masih ada pelajar-pelajar yang kurang memberikan sambutan terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah berkenaan.