Keberkesanan pengurusan automated teller machine (ATM) di bank X : tumpuan kepada aspek ketersediaan perkhidmatan, keselamatan, caj servis, kawasan liputan dan perkhidmatan diberikan /

Penggunaan Automated Teller Machine (ATM) telah semakin mendapat sambutan sejak ia diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1980-an. Penggunaan yang semakin meluas ini telah menimbulkan persaingan yang hebat di kalangan pengusaha dalam industri perbankan. Lantaran itu, pengurusan sistem ATM telah...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 434264 Yong, Boon Keat
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1996
Subjects:
Description
Summary:Penggunaan Automated Teller Machine (ATM) telah semakin mendapat sambutan sejak ia diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1980-an. Penggunaan yang semakin meluas ini telah menimbulkan persaingan yang hebat di kalangan pengusaha dalam industri perbankan. Lantaran itu, pengurusan sistem ATM telah menjadi semakin penting bagi sesebuah bank dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan demi memuaskan pelanggan-pelanggannya. Kajian ini telah dibuat ke atas Bank X yang ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur. Tumpuan kajian adalah ke atas ketersediaan perkhidmatan ATM, aspek keselamatan penggunaan ATM, caj servis, kawasan liputan serta perkhidmatan ATM yang ditawarkan oleh Bank X. Hasil kajian menunjukkan Bank X telah mampu menawarkan perkhidmatan ATM pada tahap memuaskan berbanding piawaian-piawaian umum cara pengurusan sistem ATM yang diperolehi hasil kajian literatur. Namun, Bank X perlu mencurahkan usaha yang lebih untuk mengekalkan prestasi pengurusan ATM mereka demi terus maju dalam industri yang semakin hebat persaingannya. Pada akhir kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada Bank X untuk meningkatkan keberkesanan cara pengurusan ATM di Bank tersebut.