Kaedah penjadualan dalam perancangan pembinaan /

Perkembangan teknologi pembinaan dan projek-projek pembinaan yang rumit dan canggih masakini memerlukan satu sistem penjadualan aktiviti-aktiviti dalam projek pembinaan yang cekap dan bersistematik. Selaras dengan perkembangan ini maka berbagai teknik perancangan atau kaedah penjadualan dicipta untu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 295431 Mohamed Nizam Zakariah
Format:
Language:may
Published: 1992
Subjects:
Description
Summary:Perkembangan teknologi pembinaan dan projek-projek pembinaan yang rumit dan canggih masakini memerlukan satu sistem penjadualan aktiviti-aktiviti dalam projek pembinaan yang cekap dan bersistematik. Selaras dengan perkembangan ini maka berbagai teknik perancangan atau kaedah penjadualan dicipta untuk pelbagai jenis projek pembinaan. Kaedah penjadualan ialah satu alat pengurusan dan perancangan fasa masa setiap aktiviti yang membentuk satu-satu projek pembinaan. Ia diperlukan untuk menggariskan perancangan setiap aktiviti adlam projek pembinaan yang mengambilkira faktor-faktor keperluan buruh, bahan bina, jentera pembinaandan loji supaya projek dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan, dalam kos yang berkesan, teratur dan penggunaan sumber-sumber pembinaan yang optima dan ekonomik. Kaedah penjadualan juga dapat membantu pengurus Projek dalam mengawal dan mengatasi masalah yang timbul dan akan timbul dalam satu-satu projek pembinaan supaya ianyatidak berlarutan yang akhirnya mengakibatkan kegagalan penyiapan projek dan kerugian kepada pihak kontraktor dan pemilik. Projek tesis ini adalah untuk mengkaji kaedah-kaedah penjadualan yang sesuai untuk beberapa keadaan projekyang hendak dirancang, cara menganalisa setiap kaedah, kebaikan dan kelemahannya dan kegunaan-kegunaannya dalam menganalisa sumber-sumber maklumat projek pembinaan.