Bolt sebagai penyambung ricih dalam anggota rencam kayu konkrit /

Pembinaan anggota rencam digunakan secara meluas untuk meningkatkan lagi keupayaan bahan dalam kerja-kerja pembinaan khususnya dalam Kejuruteraan Awam. Anggota rencam dapat menghasilkan satu unit anggota yang lebih kuat malah dapat menjimatkan kos pembinaan. Anggota rencam terbahagi kepada dua jenis...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 440859 Md. Rozaimi Shuhaimin
Format:
Published: 1992
Subjects:
Description
Summary:Pembinaan anggota rencam digunakan secara meluas untuk meningkatkan lagi keupayaan bahan dalam kerja-kerja pembinaan khususnya dalam Kejuruteraan Awam. Anggota rencam dapat menghasilkan satu unit anggota yang lebih kuat malah dapat menjimatkan kos pembinaan. Anggota rencam terbahagi kepada dua jenis iaitu rencam penuh dan rencam separa. Rencam penuh bermaksud tidak berlaku sebarang berlaku pergerakan di antara dua permukaan yang bersentuhan apabila daya dikenakan pada anggota. Pada anggota rencam separa pergerakan berlaku antara dua permukaan yang bersentuhan di kenakan daya. Anggota rencam kayu-konkrit adalah anggota rencam separa, kerana penyambung ricih yang digunakan antara kayu dan konkrit akan mengalami gelinciran apabila dikenakan beban. Penyambung ricih yang biasa digunakan dalamstruktur rencam kayu-konkrit ialah paku dan bolt. Kajian ini memberikan penumpuan kepada kelakuan bolt sebagai penyambung ricih. Pembolehubah-pembolehubah yang dikaji ialah saiz bolt, ketumpatan kayu, kekuatan konkrit, ikatan semulajadi kayu-konkrit dan beban kitar. Pembolehubah-pembolehubah ini dikaji dengan melakukan ujian tolok-keluar keatas contoh-contoh ricih tunggal. Contoh ujian ini terdiri daripada dua bebibir papak konkrit dengan satu rasuk kayu direncam di antara kedua-dua papak konkrit itu. Data-data yang diperolehi mengikut setiap pembolehubah-pembolehubah di atas akan dipelotkan dalam graf beban-gelinciran.Dari graf hubungan beban-gelinciran dapat dirumuskan mengenai kesesuaian penggunaannya dalam anggota rencam kayu-konkrit. Modulus ricih dan beban alah bagi bolt dapat juga ditentukan.