Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti apakah masalah yang banyak dihadapi oleh guru-guru pelatih kimia peringkat Diploma Sains serta Peendidikan UTM semasa menjalani latihan mengajar. Dengan ini juga guru-guru pelatih dapat memberi cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah mereka. kajian ini dijalankan dengan menggunakan dua kaedah. a) Soalselidik merupakan kaedah yang utama. b) Temuramah dengan guru pelatih yang telah menjalankan latihan mengajar pada tahun III Temuramah dengan penyelia juga dilakukan. Hasil dari kajian didapati banyak masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih seperti kurang kesediaan, tidak memahami isi pelajaran yang akan diajar sepenuhnya, tidak dapat mengaitkan teori pendidikan untuk digunakan alat teknologi dan alat dalam makmal, kurangnya penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain. Masalah penyelia dan penyeliaan tidak dikaji dalam kajian ini, kerana kesuntukan masa. Banyak juga cadangan /komen yang diberi oleh guru-guru pelatih untuk mengatasi masalah mereka, termasuk kelemahan guru pelatih untuk mengatasi masalah mereka, termasuk kelemahan guru pelatih sendiri dan kelemahan sistem latihan yang diterima. Bagaimanapun sebahagian besar masalah guru pelatih, dapat diatasi. Faktor masa dan pengalaman memainkan peranan yang penting iaitu bila guru-guru pelatih mengalami latihan mengajar pada tahun III, masalah yang dihadapi pada tahun II beransur kurang. Tapi ada juga masalah yang tidak berubah yang bermungkinan berpunca dari sistem latihan perguruan itu sendiri.
|