Sistem jadual waktu sekolah : Sekolah Menengah Taman Selayang /

Penyediaan jadual waktu sekolah memakan masa lama serta memerlukan lebih dari seorang pembantu untuk membina jadual waktu. Walaupun ia akan menghasilkan jadual yang lengkap tetapi ia tetap akan memberi masalah untuk penyusunan semula sekiranya berlaku kemasukan guru baru, perlaksanaan proses guru g...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: 179401 Azri Azmi, Othman Mohd. Yusof
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1996
Subjects:
Description
Summary:Penyediaan jadual waktu sekolah memakan masa lama serta memerlukan lebih dari seorang pembantu untuk membina jadual waktu. Walaupun ia akan menghasilkan jadual yang lengkap tetapi ia tetap akan memberi masalah untuk penyusunan semula sekiranya berlaku kemasukan guru baru, perlaksanaan proses guru ganti dan sebagainya. Penyusunan semula jadual akan menjadikan kerja tidak begitu efisen. Oleh itu proses penjadualan perlu dikomputerisasikan agar ketidakefisensi tidak wujud dan ralat penyediaan jadual dapat dikurangkan sama sekali. Bagi menambah kecekapan sistem penjadualan, teori graf digunakan kerana keupayaan teori graf yang tinggi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjadualan. Untuk menjadikan sistem yang dibangunkan ini menjadi menarik, maka sistem akan dibangunkan dengan menggunakan Visual Basic 3.0 Pro. Edition kerana keupayaan perisian aplikasi ini dalam menyokong pembangunan sistem yang bersifat interaktif dan menarik. Manakala proses capaian pangkalan data pula, akan menggunakan MS Access 2.0 kerana kesesuaian MS Access 2.0 dengan perisian aplikasi yang digunakan dari segi kompatibiliti yang lebih berbanding pangkalan data yang lain.