Kaedah ISD di dalam PBK pengenalan kepada komputer /

Penggunaan kaedah RSP (Rekabentuk Sistem Pembelajaran) di dalam merekabentuk sesuatu sistem PBK (Pembelajaran Berbantuan Komputer) akan membolehkan sistem ini dibangunkan berdasarkan masalah sebenar yang dihadapi oleh tenaga pelajar dan pelajar itu sendiri. Ini adalah kerana RSP merupakan suatu pro...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 180656 Noor Azhari Md Yusof
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1996
Subjects:
Description
Summary:Penggunaan kaedah RSP (Rekabentuk Sistem Pembelajaran) di dalam merekabentuk sesuatu sistem PBK (Pembelajaran Berbantuan Komputer) akan membolehkan sistem ini dibangunkan berdasarkan masalah sebenar yang dihadapi oleh tenaga pelajar dan pelajar itu sendiri. Ini adalah kerana RSP merupakan suatu proses yang bersistematik. Oleh itu, Sistem Pembelajaran Berbantuan Komputer bagi Pengenalan Kepada Komputer ini dibangunkan dan direkabentuk menggunakan kaedah RSP dengan matlamat untuk menyediakan sebuah sistem pembelajaran berkomputer yang berkesan dan secara sistematik serta akan dapat menjadi alternatif kepada sistem pembelajaran Pengenalan Komputer secara tradisional yang sedia ada pada masa sekarang. Pengenalan Kepada Komputer merupakan asas dan sesuatu yang amat penting bagi individu yang masih di peringkat permulaan dalam mempelajari atau mengetahui sesuatu yang berkaitan dengan komputer. Memandangkan kepada penggunaan yang semakin meluas terhadap komputer pada masa ini, maka ramai antara individu yang ingin mengetahui tentang komputer atau ingin menjadi seorang yang 'celik komputer'. Namun begitu, tidak semua antara mereka berpeluang untuk mempelajarinya secara formal. Maka dengan itu, Sistem Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi Pengenalan Kepada Komputer akan dibangunkan untuk menjadi sumber pembelajaran kepada pengguna yang berminat untuk mempelajari tentang asas komputer sebelum mereka mempelajari sesuatu yang lebih mendalam tentang komputer.