الملخص: | Pengurusan sesuatu projek pembinaan bukanlah mudah dan perancangan yang sistematik dan berkesan adalah berkesan. Tambahan pula, pada masa kini, industri pembinaan kian membangun dan saiz serta rekabentuk projek adalah kompleks. Sehubungan dengan itu, kajian kes ini dijalankan untuk melihat secara khususpermasalahan didalam sesustu projek pembiaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi projek seperti tempoh projek, peruntukan sumber-sumber projek seperti tenaga buruh, bahan mentah, dan perkakasan dikaji dan dianalisis untuk membangunakan sustu penjadualan projek yang optimum, serta anggaran kos bagi setiap item projek. Kajian yang dijalankan adalah di syarikat Sime Sembawang Sdn, Bhd. dan data-data yang diperolehi berkenaan sebuah projek pembinaan rumah kuarters pelantar minyak (M3PQ-A Living Quarters) akan dijadikan rujukan dan seterusnya dijadikan model perbandingan.
|