Summary: | Kekuatan ricih tanah merupakan salah satu ciri tanah yang terpenting dimana ia adalah keupayaan tanah untuk menanggung beban kenaan atau menyokong berat sendiri. Projek ini adalah bertujuan untuk menentukan kekuatan riceh tanah merah tanpa dimantap dengan simen yang melalui proses pengeringan di bawah suhu bilik. Tanah Merah ini diperolehi dari kampus UTM, Skudai.Dalam ujikaji yang dijalankan, sampel tanah yang dimantap dengan 2%, 5%, dan 10% simen dan tidak dimantap dibiarkan melalui proses pengeringan dibawah suhu bilik untuk melihat kesan pengeringan terhadap kekuatan riceh tanah. Sampel diuji pada 1 hari, 7 hari dan 35 hari pengeringan selepas rawatan dan tanpa rawatan. Tempoh rawatan adalah selama 3 hari.Hasil kajian menunjukkan bahawa kekuatan tanah yang dimantapkan dengan simen dan tidak dimantap telah meningkat dalam tempoh 7 hari pengeringan. Di samping itu sampel yang dimantap dengan 5% dan 10% simen menunjukkan peningkatan kekuatan yang lebih tinggi. Apabila tempoh pengeringan dilanjutkan, didapati kekuatan sampel tanah yang dimantap dengan 2% simen dan tidak dimantap telah menurun manakala yang lain terus meningkat.
|