Peleraian automatik suku kata perkataan Bahasa Malaysia /

Dalam era kebelakangan ini, perkembangan teknologi komputer adalah begitu pesat sekali dan mengkagumkan kerana kemampuannya membawa kemajuan dan teknologi elektronik yang digunakan secara meluas dalam kehidupan manusia. Oleh itu di dalam usaha memperluaskan lagi penggunaan komputer, khususnya dalam...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 460792 Zakaria Deraman
Format:
Subjects:
Description
Summary:Dalam era kebelakangan ini, perkembangan teknologi komputer adalah begitu pesat sekali dan mengkagumkan kerana kemampuannya membawa kemajuan dan teknologi elektronik yang digunakan secara meluas dalam kehidupan manusia. Oleh itu di dalam usaha memperluaskan lagi penggunaan komputer, khususnya dalam sistem perhubungan dan pengkajian bahasa, suatut sistem komputer bahasa semulajadi akan direka bagi membolehkan pengguna khususnya para pengkaji bahasa menggunakan sistem ini untuk tujuan pengkajian dan pembelajaran mereka dengan mudah dan cepat. Dalam bahagian pertama kajian ini, diterangkan secara umum tentang penggunaan komputer dalam membangunkan sistem peleraian suku kata perkataan Bahasa Malaysia dengan menggunakan teknik pendekatan 'Kepintaran Buatan'. Juga diterangkan tentang langkah-langkah dan lkaedah proses peleraian. Selanjutnya kajian ini juga menghuraikan beberapa teori yang berhubung kait dengan struktur pembentukan kata dan konsep sistem ejaan Bahasa Malaysia secara terperinci. Seterusnya dalam bahagian akhir kajian ini ialah dengan menyediakan satu rekabentuk peleraian sukukata perkataan bahasa Malaysia dan menggunakannya untuk tujuan perkomputeran. Bahagian akhir ini juga diterangkan secara terperinci berkenaan dengan dokumentasi sistem yang telah dibina. Adalah diharapkan masalah berhubung dengan peleraian sukukata perkataan akan dapat diatasi dan dimanfaatkan oleh semua pihak.