Fail maklumat pelajar-penasihat berkomputer /

Menjalankan tugas sebagai penasihat akademik memerlukan pensyarah mempunyai maklumat-maklumat tertentu terutamanya maklumat tentang peribadi pelajar dan prestasi akademik pelajar. Adalah lebih baik lagi jika maklumat-maklumat yang diperlukan itu disimpan dalam satu sumber yang membolehkan ia dicapa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Shahidah Mohd Ariff
Format:
Published: Kuala Lumpur : Universititi Teknologi Malaysia, 1988
Subjects:
Description
Summary:Menjalankan tugas sebagai penasihat akademik memerlukan pensyarah mempunyai maklumat-maklumat tertentu terutamanya maklumat tentang peribadi pelajar dan prestasi akademik pelajar. Adalah lebih baik lagi jika maklumat-maklumat yang diperlukan itu disimpan dalam satu sumber yang membolehkan ia dicapai dengan mudah pada bila-bila masa. Inilah yang telah menjadi tujuan utama projek ini. Dalam projek ini, tumpuan telah diberi untuk membina program bagi menyediakan maklumat-maklumat seperti senarai matapelajaran untuk satu kursus, butir-butir pensyarah, butir-butir peribadi pelajar dan butir-butir prestasi akademik pelajar. Kemudahan telah disediakan untuk membolehkan rekod baru diujudkan atau ditambahkan pada senarai rekod-rekod yang telah ada. Selain dari itu, rekod-rekod yang ada boleh dipamer, diubah atau dihapuskan. Dalam hal ini, disket telah digunakan sebagai sumber simpanan maklumat. Dengan ini apabla memerlukan maklumat mengenai akademik pelajar, penasihat akademik tidak perlu lagi membuka fail-fail sulit pelajar dan meneliti setiap dokumen yang terdapat didalamnya untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Ini sekurang-kurangnya dapat menjamin keselematan fail-fail tersebut. Kemudahan yang menjimatkan masa ini juga, akan dapat memudahkan dan mempercepatkan tugas penasihat akademik terutamanya tugas menyemak prestasi akademik pelajar sebelum meluluskan pendaftaran matapelajaran mereka untuk sesuatu semester itu. Dalam menyediakan maklumat prestasi akademik pelajar, disediakan juga maklumat kerja kursus pelajar sepanjang sesuatu semester. Ini bertujuan untuk membolehkan penasihat akademik mengesan pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran mereka dan kemudian mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah mereka itu. Program yang telah dibina menggunakan kaedah "menu-driven program' dan "interactive programming" ini bukan saja telah mengurangkan dokumentasi tetapi telah juga menawarkan cara yang mudah untuk menggunakannya.